Sunday, January 15, 2012

belajar benda yg kite x tahu ape yg kan berlaku..

dalam dunia nh kita x tahu ape yg bakl jadi kat kita.. sama ade kita nh mti cept ke.. lambat ke.. jodoh cept ke lambat ke.. rezeki kita.. anak kit cm ne... sakit ke x.. kan.. so.. hendaklah berhati2.. ok.. aku ade dapt 1 sttement nh.. ia mengenai perempuan la.. info kesihatn yg kadang2 kita x tahu.. dan bukan sumua perempuan hadapi.. info nye mengenai period yg x stabil or. x betul la date die.. kadang2 ade.. kadag2 xde.. or.. xdatg2 da. macm2.. so kite kene hati2. bawah nh info nye..die ade 12 sebb ketidakhadiran haid.. 

  • Tekanan. Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.
  • Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.
  • Ubatan: Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.
  • Berlebihan hormon prolaktin
    Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.
  • Menyusu badan: 
    Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.
  • Masalah tiroidRasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.
  • GemukBerlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.
  • Terlalu kurusTidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.
  • Tersilap kira: Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.
  • Menopos: Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.
  • Pencegah hamilSekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!
  • Hamil: akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil..
 tp.. korang rase ade lagi x sebb nye?? alahai. konfius la.. xkan ini je.. k la.. saje bg info yg berguna nh kat korg. supaya aku sntiasa leh ingat faktor2 nh.. emm.. sbb.. saje2.. :) bye~

No comments:

Post a Comment